Thursday, October 29, 2009

Who Are We?

I'm pretty not sure why I'm writing this, something that we always hear, we always see wherever we are, and we used to talk in daily conversation simultaneously - value.

Are we always have the gut to say that I have lived in the right way in our problematic journey of life?It is a mundane affair to see people laugh, people cry and they walk their life with confident yet clueless, how to react, how to respond with the people around. They can be very confident but at the same time feel inferiority complex in their head. Have you?

We always pretend that we are good, we do the best we could do for every single action that we take without hesitantly notice that failure or weakness reveal through it. It is a matter of choice, how we behave when we don't know what we should do. Do they really care what we are actually doing? Never hesitate to live the world the way we are, no second guess and live in a moment then no worry could ever touch us. Believe and be-alive~!

Individually I see value as a quality inside every unique human being. Quality is a matter of knowledge which we have learned and applied in action. Can't say much more, value is a diamond, a character or a book but indeed something priceless!

How we manage our-self to be a person with a value, with a quality. Dare we rate our-self the one who has higher quality from others? Again.. It is also a matter of mind set, emotion starts running in our head. This feeling engenders the consciousness or awareness to be a better person from time to time.

We are we, we are human, with intelligent, agility, strength, and ability who are playing with a bucket of choices then to act or to behave rightly, to think rightly, to be the right people FOR the right people. What the... HAHAHAHA ^^V

Friday, October 23, 2009

Dunia Mengajarku Erti Nafas

Better start to read, understand and apply the theory and knowledge in life.

Beware of everything, controlling physical, intellectual, emotion, spiritual, to be a better-man.

Be patient of any hurdles, obstacle, and be positive in all situation.

Be calm, think first before take action & be careful with words - your words must be jumped into action.

Remove all worries and no hard feeling.

Need to think of myself, the love one, friends, family and balance my life management in all aspects.

No hope but do target for financial freedom - long term vision.

p/s: fly fly MoSaZu! ^^V

Wednesday, October 21, 2009

Aku - Heart - Breaker

Aku bernama MoSaZu,
Seorang lelaki yang mengharapkan cinta sejati,
Hubungan antara manusia dgn hubungan antara Pencipta,
Kadang-kadang ego mempertahankan diri,
Aku selalu yakin tak bersalah,
Kadang2 merasa puas jadi baik, terlalu baik..
Jadi jahat errr jangan sekali..

Aku percaya..
Apa yang berlaku ketentuan ilahi,
Aku mengaku penah kecundang dlm mengejar cinta,
Dia, Dia, Dia, tah berapa ramai dia pergi meninggalkan,
Aku seorang yang amat setia,
Begitu payah menerima, apatah lg memberi cinta,
Segala yang terjadi, aku terima walaupun pahit di hati.
Alasan diterima kdg2 aku sndri tak paham,
guess what, kerana aku terlalu menyayangi seseorg,
Hinggakan dia merasa rimas dgn cinta,
N now Aku-heart-breaker!

Satu Teori-baru-aku,
Lantaklah janji aku suka,
Jika mahu mengenal seseorang -
Sesi ice breaking selalu dijalankan,
Adakah dalam mengenal cinta seseorang,
Sesi heart breaking patut kita tempuhi?
Cinta tiba, cinta juga pergi..
Sepi menemani diri..
Tiada lagi rasa cinta..
Tiada lagi rasa simpati..
Tapi kau tetap datang..
Aku lantas berkata you-complete-me.

Maafkan
aku kerana begitu payah menerima dirimu,
Maafkan aku kerana pernah menolak cinta kamu,
Maafkan aku kerana aku berkata-yes untuk bersamamu,
Maafkan aku kerana terlalu menyayangimu,
Maafkan aku kerana menjadi beban dalam hidupmu,
Maafkan aku kerana aku tidak seperti kamu harapkan.

Aku hanya melakukan apa yang termampu,
Untuk terus bersama tempuhi duri dan kekal bahagia bersama,
Akan aku terima segalanya demi cinta,
Mudah untuk berkata, Aku sakit..dan terus sakit..
Biar saja aku sakit, asalkan kamu bahagia,
Sudah menjadi hakikat Aku-Heart-Breaker!

Monday, October 19, 2009

Huarghhhhh - Lega!

Huu seolah-olah mau menjerit sekuat hati,
Akan aku lontarkan segala kekusutan di hati,
Malah segala kekarutan di kepala,
Tak banyak benda pun bermain di fikiran,
Sekadar diri bermonolog sendirian-sepi.

Sering aku katakan,
Aku composite manusia,
Mengidamkan serba boleh pintar soleh,
Untuk terus gagah bernafas,
Dalam dunia ciptaan minda-separa-sedarku.
Namun...

Masih aku belajar untuk berdiri,
Masih aku belajar untuk berjalan,
Merasakan diri belum cukup matang,
Dalam memahami kehidupan.

Aku selami diri aku,
Aku selami diri dia,
Aku jumpai bahagia,
Aku jumpai duka dan lara,
Tapi...

Baru aku sedar,
Aku melakukan banyak silap,
Aku buta dalam memahami cinta,
Akhirnya aku gelak sendiri..

HAHAHAHAHAHA!!!! ^^V

Aku Bosan - Terlalu

Haa nais.

Malam ni aku rasa bosan tetiba.

Tak tahu kenapa??

Ai need some refreshment-that-i-dont-know-what T_____T

Mungkinkah kecewa kerana seharian aku cuba mencari seseorang,

Sejak dari minggu lepas..

Mane kau pergi en.zairi..

Ai want to proceed wif my fyp..

My sv say nuthin unless continue searching for u..

Where are u? Xpegi ofis ke? Makan gaji buta-kah?

At least gimme ur signature easily-arghhh-how?

Dia pergi..meninggalkan malam sendirian..

Bukan en.zairi tp dia..then ai lost again..

Tanpamu aku hilang..Tak pasti menoleh arah tuju..

No matter how lost you [me lah] are, please dont make me sad~! T______T

~Ya Allah, permudahkanlah urusanku. ameen. ~~<3

Saturday, October 17, 2009

Erti Hidup Pada Memberi Bukannya Terlalu Memberi

Kehidupan seringkali dikaitkan dengan kepuasan hati setiap individu. Hidup berkali-kali dikatakan ujian. Pengalaman yang dilalui menjadikan kita berusaha untuk menjadi seorang yang lebih matang. Dalam memahami diri sendiri dan juga memahami orang yang kita sayangi.

Jika seorang lelaki, soal tanggungjawab diutamakan, kepada keluarga, kawan-kawan dan orang2 disekeliling. The man of integrity, the one who takes care of others. Soal cinta? Giving unconditional love he always try to be. Jika sakit, sakit ditelan dengan mencuba sedaya upaya untuk tidak mengguris hati si dia yang disayangi. Jika ada lelaki yang sedemikian, sekurang-kurangnya telah mencuba memahami pasangan. Apakah si dia juga begitu? Adakah si dia juga cuba untuk memahami hati lelaki?

Hakikat yang telah terbongkar men are from mars, women are from venus. Sedangkan isteri yang menurut kata suami dijanjikan syurga. Sejauh manakah benar jika isteri tidak percayakan si suami 100%? Mengapa pula lelaki sering dikaitkan dengan pemimpin, usah katakan kerajaan, cukuplah ketua dalam keluarga. Mampukah?

Lagu P. Ramlee tergiang-giang di kepala, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Pengalaman yang dilalui merupakan satu proses untuk memahami si dia, untuk meneruskan nafas kehidupan dengan lebih matang dan bahagia.

Aku tahu dan sedar, pasangan menyayangi pasangan masing2, tetapi soal gaduh tak perlu dipertikaikan. Mengapa semua itu berlaku walaupun kedua-dua belah pihak sama sekali tidak mahu mengundang keperitan hati berlaku melalui pertelingkahan. Sabarlah menempuhi ujian, tetapi kata orang sabar itu pun ada tahap dan batasnya, begitulah ego manusia mudah berkata-kata di pentas dunia milik Dia Yg Maha Agung.

Mampukah bersabar tanpa syarat? Menerima segala kebaikan dan juga menerima segala keburukan. Pernah kita dengar, kekuatan seorang lelaki adalah terletak pada menahan diri daripada marah. Itu menunjukkan sabar begitu penting jika anda mahu dianggap lelaki sejati/ gentleman. Bagaimana pula dengan kesabaran perempuan? Fikir-fikirkanlah.

Aku menulis bukan untuk menuding jari pada sesiapa, hanya mencoret apa yang bermain-main di kepala, makin difikir, makin merasa fakir. Begitulah fitrah manusia yang begitu payah merasa puas! Muhasabah diri dan muhasabah cinta mengajak manusia ke arah yang lebih baik. Sekurang-kurangnya sedaya upaya mencuba untuk mengecapi nikmat bahagia.

Aku punya urusan, dia juga punya urusan sendiri. Jika aku terlalu memberi perhatian seolah-olah menjadi beban pada si dia. Beban dengan urusan dia sendiri. Soal ruang pula timbul untuk memberikan nafas menguruskan hal masing2.

Kita hidup memang untuk mendapatkan ruang, jika kita berada dalam keadaan yang sesak dengan manusia, memang menyerabutkan kepala. Ketenangan di cari dengan memberi ruang kepada setiap individu yang ingin merasakan bahagia. Begitulah erti hidup pada memberi, bukannya terlalu memberi.

Dalam hubungan dengan manusia, sikap memainkan peranan penting, kalau semua benda mahu dianggap serius, maka diamlah kedua-duanya. Kenapa? Kerana begitu serius dalam memberi yang ingin aku katakan memberi cinta. Lelaki memberi melalui perbuatan, perempuan memberi melalui pertuturan. Sukarkah untuk memahami? Yer, amat sukar kerana statistik menunjukkan berapa ramai yang tidak kekal dalam rumahtangga dan gagal dalam percintaan.

Sejauh manakah ilmu yang kita ada? Apakah degree, master, mahupun phD menjadi ukuran. Berapa ramai yang kaya harta tapi kurang kasih dan sayang? Berapa ramai yang tinggal dalam rumah besar, tapi sunyi dengan gelak tawa dan senyuman? Apakah yang dikejar dalam kehidupan melainkan ketenangan dan kejayaan dalam mempertahankan rumahtangga dan percintaan?

Umur aku makin bertambah, pengalaman yang dilalui banyak mengajar aku untuk berdepan dengan kehidupan. Tak mengapa pelajaranku hanya sampai disini sekiranya aku mempunyai degree, master dan phD dalam membentuk hubungan bahagia dan mempertahankan rumahtangga yang bakal aku bina kelak.

Aku ingin merasakan kebahagian. Aku ingin menikmati kebahagiaan. Aku ingin menghayati hakikat bahagia.

Friday, October 16, 2009

Nafas

Selalu aku mengingatkan aku..Terus gagah berdepan dengan suasana.

Selalu aku mengingatkan aku..Fikir dulu sebelum bertindak.

Selalu aku mengingatkan aku..Jangan patah semangat.

Selalu aku mengingatkan aku..Laki kena kuat! [pe brg laki nanges?! wakaka]

Selalu aku mengingatkan aku..Jangan terlalu bermain dengan mainan emosi.

Selalu aku mengingatkan aku..Jangan lagi banyak cakap! haa?? T___T

Selalu aku mengingatkan aku..Fake it until u made it, walaupun ada yg mengatakan, there's no way to fake it since it is real. Ape itu? senyuman dari hati utk sesiapa yg berdiri :D

Selalu aku mengingatkan aku..Jangan membenarkan lagi aku merasakan sedih... Ala, katakan TAK NAK!

Kenapa perlu aku bermonolog sendiri? Memberi ingatan kpd diri sendiri? Sky is not a limit. Follow your gut and you'll be just fine. Aku mula berubah.. From a man of a few words or an introvert one during high school to a talkative and an extrovert one in the university. Soalnya, kenapa kita berubah? You want to judge me? Befriend with my friend afterward. Lu pk la sendiri...

Kenapa aku hidup dengan memikirkan kehendak dan kemahuan org lain sedangkan kehendak dan kemahuanku masih kabur melalui jalan-jalan sepi dalam satu kehidupan yang havoc dan yang kau-lihat amat bahagia...?

Kdg-kdg tak pasti, apakah aku di jalan yang betul? Salah kah jika aku mengalihkan satu persoalan kepastian kepada yer im on the right track. Dia Maha Adil, Dia Maha Kaya kenapa aku perlu ragu-ragu lagi. Apa jadi pada setiap yang berlaku adalah yang terbaik utk kita?

Aku boleh menerima setiap kejayaan malah setiap kegagalan yang bertandang dalam ruang hidup aku. Tapi.. Siapakah yang mahukan kegagalan semata? Bukankah kejayaan jua yg di-idam2kan?

Jika hari ini aku sihat berdiri di jalanMu, mungkin esok aku demam, yer aku masih berdiri di jalanMu tetapi dengan satu perasaan yang hanya mahu-tido. Apalah ertinya semua ini?? Setiap org yang hidup akan merasai mati - meninggalkan dunia. Ready ke? Aku TAK ready lg! huuu~

S.I.K.A.P - "kejayaan adalah perjalanan, bukan destinasi"- abu saif.

Sikap yang menjadikan siapa kita. berapa gpa/cgpa/ A's yg kita dapat tak penting, tapi setiap langkah perjalanan yang kita buat utk mendapatkan satu tahap yg kita anggap berjaya dgn cemerlang itulah menjadi sandaran. Membentuk siapa kita dengan personaliti/characteristic yang di-anggap matang.

Soal-Berapa sudah lama aku buang jauh2, berapa rakaat kau solat sunat? berapa hari kau puasa? berapa banyak kau sedekah? berapa A's kau dapat? berapa cgpa kau skg? haaa... ada aku kesah? Apa yang nak dibangga dengan berapa?

Ouch.. Berapa ikhlas kau bla..bla..bla.. berapa jujur kau bla..bla..bla.. Berapa setia kau bla..bla.. Berapa sayang kau bla..bla.. Berapa cinta kau pada aku?? Boleh kau bagi aku nombor utk ikhlas, jujur, setia, sayang dan cinta??

Kita tak pernah kalah jika kita gagal, kita hanya kalah jika tidak bangkit semula. Setiap yang lahir adalah juara. [mcm iklan kt radio jah..hahaha]

Jejom..Marilah bersikap matang untuk terus bernafas dan terus berdepan dgn hari-hari mendatang, yang sememangnya menguji setiap manusia yang bergelar hamba Tuhan!

p/s: ouch-headache-tdo blk r..wakakaka!

Tuesday, October 13, 2009

Permintaan Hati - Don't Make Me Sad

Letto - Permintaan Hati

Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian
Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Sunday, October 11, 2009

MinJaRoEs

Taman Minjaroes merupakan satu konsep taman dalam kebun. Terletak di dalam kawasan mrsm jeli, skolah lama aku dulu. Minjaroes merupakan singkatan daripada minda, jasmani, rohani dan emosi. Bersesuaian dengan motto maktab serba boleh pintar soleh!

Sekarang aku berada di utp, dari awl sampai skg, hasrat utp melahirkan student yang well rounded, academic oriented and equipped with soft-skill.

Soalnya. Apakah beza dulu dan sekarang? Sama tapi tak serupa kah? Aku belajar asset penting dalam satu2 organisasi ialah pekerja. The manpower or the worker. Actually it is not the manpower itself, it is the right manpower with the right skill at the right company. If we are the student in the university, then we should be the right student, with the right knowledge and at the right university.

Are you sure you have been stayed at the right place with the right time and do you take the right action in what you're doing?

Combination of two or more materials that have different properties forms composite material. These combination of material will produce composite material with unique properties. Their greatest asset is that composites can be made to do the same job as metals with weight far less. We call this a high-strength-to-weight ratio.

zzz mcm karangan bdk skolah rendah je! verbal aku nampak mcm ancur kebun je! arghhh!! Whatever it is. Let us be a master-PIES. The one who has the consciousness and practices the Physical, Intelligent, Emotion and Spiritual well, to be the person with the unique characteristics. We call this ape wei? A gentleman who can simply control the mind, soul and action in whatever they are doing. ouch! gentleman kah??

Better end here b4 aku mengarut lebih menjela2 lg~~ wakakaka! let us measure the maturity of a person by how eh?? isk.. +___+ again.. -n- and away! aku composite manusia! hahahaha!!!!

p/s: rindu zaman skolah je..entry plg mengarut bcoz of dizziness inside~ lalalala~ T________T

Saturday, October 10, 2009

Kosong

Hati yg selalu melompat kegirangan mula merasakan hilang daya maju, merasakan kekosongan dalam setiap nafas yang mengharapkan belaian kasih dan sayang. Selama ini aku hidup dalam satu ruang "the power of love" yang menjadi driving force untuk aku terus memberi cinta kepada yang memerlukan. Kuasa cinta yang menggerakkan dikala aku malas bertatih dengan masa singkat yang mendesakkan. Berapa banyak kah pengetahuan mu tentang cinta yang sebenarnya tak patut diambil mudah? Knowledge is nothing without action!

Begitu hebat kuasa cinta, membuatkan hati berdegup kencang, begitu sihat sekali, hinggakan yang lemah mula menyanyi gagah di lautan kehidupan. Tiba-tiba hati mula merasakan kosong, seolah-olah cinta telah pudar, semangat mula patah, jiwa merasa perit luka yang pahit yang memilukan. Aku jiwa kosong-kah?!

Aku mula bermadah dengan kata yang sememangnya menggertak setiap jiwa yang berahi. Jauh di sudut rasa kecintaaan itu, aku mudah melontarkan kata, tetapi begitu payah memainkan gerak di jalanan yang penuh sepi. Sepi kerana mengenangkan hikayat indah masa lalu. Sejarah masa itu yang melabelkan aku sebagai seorang yang begitu hebat gah berdiri di pandangan mata manusia. Apa gunanya setiap kata janji yang meletakkan harapan kepada dia yang merasakan cinta. Ingatlah! again.. All words must be jumped into action.

Apalah ertinya aku berjalan ke sana ke mari, jika kamu hanya melihat aku tanpa rasa, rasa yang bisa mencelikkan matamu yang layu ke alam realiti dan bukannya fantasi yang pastinya mimpi. Apakah kamu TAHU memberi cinta? Apakah kamu MAHU memberi cinta? Apakah kamu MAMPU memberi cinta? Bila rasaku itu rasamu, cinta datang tanpa di undang, ada ketika, cinta juga pergi meninggalkan. Apakah itu namanya cinta?

Beb.. Sejauh manakah TAHU? Sejauh manakah MAHU dan MAMPU kah kamu membahagiakan setiap manusia yang ingin merasakan bahagia? Apakah cinta itu juga mainan? Perasaan dan emosi itu mungkin mainan yang mudah engkau mulakan, yang mudah juga engkau hentikan. Tetapi apakah cinta itu barang mainan yang mungkin engkau permainkan?

Playboy? Playgirl? Lu boleh pegi mati! Mungkin.. Aku dulu juga seperti engkau, heart breaker! Tapi aku yang dulu telah mati, aku dilahirkan kembali sebagai lelaki sejati! Salahkan engkau juga membenarkan diri berada di landasan yg benar? Apakah hakikat itu masih kabur di pandangan nafsu-arghh-durjana?

Aku tak emo, tapi aku sedih berada dalam satu alam mainan-cinta! Aku mahu berada di planet itu..yg jujur mengatakan bahagia apatah lagi ikhlas memberi cinta! Aku adalah dia. aku dan dia adalah satu! what say u?

p/s: penim + post mengarut je = *ade aku kesah?* ^^V -peace-

Tuesday, October 6, 2009

Mainan-kah Masa Itu?

Berkali2 click new post, tapi i cant write anything. Time is running out~ so kejap je la.

Surah Al-'asr

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1. Demi masa!

2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

3. Kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta
saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan
saling berpesan supaya bersikap sabar.

3 ayat surah masa yang menggambarkan segalanya. Merasa rugi kah? yer dikala kita bertangguh2..

Ya Allah berilah aku kekuatan utk berpegang pada tali-Mu utk aku terus berjalan di lorong2 duniawi. Berkatilah kami. Lindungilah kami dgn limpahan hidayah dan taufiqMu.

Aku malu tapi aku mesti juga memohon padaMu. Bukan hanya di saat ini, tp setiap masa. Hanya pada-Mu jua aku berserah diri. Bersabar dan menerima segala kemungkinan, ketetapan dariMu Tuhanku...ameen.

Thursday, October 1, 2009

Mainan Perasaan

Setelah sekian lama aku merasakan batu dlm diri telah dipecahkan kah??
Hati yg ego telah tundukkah? oOoO tidak~!! Bertahun aku mendidik diri.. [terasa tenat..wakaka]
Bertahan dengan gagah tetap berdiri dengan gah dgn segala yg mungkin dtg...
Begitu cepat ia melayang2 pergi! [mari myelamkan kepala sndri dale kolam!]
Matlamat tersasar, impian terpulas, hati melintang patah! oOOo tidak!!!
Telah aku nyatakan itu mainan perasaan. MAINAN!

Tinggal beberapa hari je lg..sebulan? aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidup di penjara ini..
Biar bahagia itu pergi bersama2 kesengsaraan di sini.. Aku rela menjauh!

Hari ini, mungkin satu jalan tersuluh, mahu aku teruskan perjalanan.
Mungkin tak sampai ke penghujung, tp cukup la hanya ke simpang sana yg tak terdaya ku gagahkan jua melangkah! Agar dapat aku menghirup kembali nafas suci yg pernah aku rasai!

p/s: karut marut ini semua..Mari berhenti bermain! wakakaka! Wake up sabri! T____T