Wednesday, June 3, 2009

FYP 1

Fuhh, lega rasanya dah setel final presentation fyp 1 <-- [aku antara yg plg lambat sbb malas nak amik peduli time final exam week dulu-dulu kala..huhu].

Thanks Sv kerana join skali td..huu xde la teruk aku kne hentam. Aku tak kesah sgt sebenarnya kena hentam neh tp kdg2 benda tu bleh buat aku down, then malas buat semua benda, then effect diri sndri jugak at last. [xnk mengeluh + xnk menyesal]


Kalau aku sbg local student tak kamceng sgt dgn foreign student, sebenarnya local lecturer pun agaknya 'kureng' kamceng gak dgn foreign lecturer. Tadi Sv aku dgn examiner tu pom pam pom pam dalam tu. Waaa... aku terabai kejap time present td. Isk3 ^^

Always his favourite --> Examiner tanya aku lagi sampai aku tak leh jwb, xleh guess [ "if u guess sometimes u never win," dia ckp! hahaha]. Dekat seploh definition dia tanya di minit-minit terakhir presentation aku td. Urghh aku dpt jwb separuh je kot. Owh adakah tu yang dia nak? Huh, fine! [God bless you] Sampai aku terkebil-kebil kat ctu.. Ada ke org yang fully prepared? dan ingat semua benda?


Word for today -- "Work hard! If u dont learn, u never learn," - Examiner a.k.a Foreign Lecturer itu ^^

Tuesday, June 2, 2009

Hakikat

Buat pertama kalinya, aku rasa seolah-olah mataku dibuka, dicelikkan oleh seseorang yang bergelar sahabat. Thanks a lot my friend! ^^

Setiap kata-katamu amat aku hargai. Kadang-kadang aku memang sah silap memilih jalan, yang aku anggap sudah cukup terang untuk menyuluh jalan hidup aku. Aku berdepan dengan hakikat yang semacam terlindung di balik tabir dalam satu sudut hidup aku.

Adakah tabir itu sudah terselak terjatuh untuk aku melihat ke dunia sebelah sana. Dunia sebenar yang mencabar kelakian sebenarnya, yang menuntun persoalan: Cukup dewasakah aku?

Thank you Allah!

Dah Cukup Pening Belum?

Susahnye menjadi pandai.. selalu berfikir pandai adalah suatu kesenangan.. hakikatnya, ia juga satu bebanan.. sama kisahnya dengan.. susahnya menjadi baik..


Perjalanan ini, kita mulakan dengan niat untuk menjadi baik..
Melangkah dengan penuh harapan, agar dibalas dengan penuh keindahan..
Tanpa kita sedar, jalan yang dipilih bukan mudah untuk dilalui..
Ramai yang sudah tersungkur, walaupun belum sempat kakinya melangkah..

Bila kita berjalan, kita akan dipandang sepi..
Bila kita berlari, kita akan dikeji..
Bila kita berkata, kita akan dikata..
Bila kita terjatuh, kita akan dikutuk..
Bila kita mendekati, mereka akan menjauhi..

Alangkah meruntunnya hati ini..
Bila kita berkorban mengharapkan yang terbaik..
Kita dihamburkan dengan kata-kata nista..
Beban amanah ini belum pun bisa tertanggung, kita dihambat pula dengan jutaan sesalan..

Arkhhh…
Tiba-tiba, kita berkata…

Susahnya menjadi baik…

Rasanya seperti ingin melepaskan diri..
Membiarkan ia bebas terbang tanpa ikatan..
Hati ini mula merapuh..
Pendirian kini mula terombak..

Semakin lemah kaki melangkah, semakin lesu hati berkata, semakin mata kita berkaca…
Tiba-tiba, suatu suara memberitahu satu cerita..

La tahzan.. la tahzan.. la tahzan..

Kata-kata yang memberi seribu makna kembali menyegarkan jiwa..
Lantas kini, kaki kita terpasak teguh berdiri..
Hati ini meragut kembali sejuta misi..
Kembali dengan wajah sama, tetapi semangat seribu ganda..
Mereka yang memandang mula bertanya..

Kenapa? Mengapa?

p/s: Give people a second chance, but not a third. ^^ [xde kaitan dgn entry..hahaha]

Monday, June 1, 2009

Bingung

Di saat aku mahu menerima segala yang mungkin, hidup pasti berdepan dengan pilihan, untuk memilih membuat keputusan, memilih untuk berkawan, memilih untuk melakukan atau tidak melakukan.


Dalam blog Abu Saif, bertajuk "Berpelajaran Tidak Berpendidikan," aku bingung memikirkan diri sendiri...

“Apakah tujuan hidup ini?”

“Apakah nilai yang sepatutnya dipegang oleh seorang manusia dalam hidup ini?”

“Bagaimanakah seorang manusia itu boleh menyempurnakan karaktor dan personalitinya?”

Apakah aku perlu untuk mula bertegas dalam segala hal, untuk mudah berkata TIDAK? "Sab, jom keluar," -> TIDAK! mampukah aku? [tiba-tiba rasa mcm Yes-Man je aku nii, sape tgk cter tu? o/ ] Beb, adakah aku perlu betul-betul memilih teman? Layakkah sebenarnya kita memilih? Bukankah dengan menghargai sesiapa sahaja yang menerima kita dengan terbuka adalah yang sepatutnya?

"Kau ni mudah terpengaruh la sab," berkata seorang kawan padaku. "Yer, aku mempengaruhi orang dan terpengaruh dengan orang," balasku spontan. [erkk..]

Soalnya, kuatkah kita berpegang dengan prinsip sendiri? [ada ke?] Bukankah hidup kita sering dipengaruhi dengan suasana? Apa yang kita telah lalui, apa yang kita pernah dengar, apa yang kita tekankan dengan serius dalam hidup, segala macam benda itulah yang menjadikan siapa kita.

Yang menilai yang mana betul dan yang mana salah. Yang mana patut dan yang mana tak patut. Dalam tak sedar, itulah dan inilah yang menjadi prinsip hidup yang ditentukan oleh kita sendiri.

Eh? Apakah entry ini? Pedulikan semua di atas. Marilah kita sama-sama bergerak bukannya statik lagi, kerana air yang tenang [statik] itu akan mengeruhkan air itu sendiri, sama juga seperti seorang pemuda yang tidak melakukan apa-apa [statik] sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri.

p/s: jadi, marilah kita bergerak! Hehehe :P